Naib Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Seri Ronald Kiandee sudah pun berdepan cabaran awal di mana UMNO Beluran turut menuntut kerusi yang sama.
Malah usul berkenaan telah diluluskan sebulat suara perwakilan dalam persidangan UMNO Beluran di Sandakan pada Ahad menerusi calonnya iaitu Ketua UMNO Beluran, Julie Sabran.